Hakim di UAE Norma Yaakob

Pada 25 Mac 2008, beliau telah dilantik sebagai hakim wanita pertama di negara Arab iaitu di Emiriah Arab Bersatu (UAE) beribu pejabat di Dubai. Kebanyakan wanita negara Arab masih lagi terkongkong dari segi pendidikan, peluang pekerjaan, kebebasan bersuara, berumah tangga dan memandu kereta. Tetapi akhir-akhir ini Dubai yang pesat membangun hasil kurniaan petrol telah berubah wajah. Beliau salah seorang daripada enam hakim baru di Mahkamah Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai.[1]